7 Tanda-Tanda Tubuh Kurang Tidur :-
Kesibukan yang menghimpit menjadikan tubuh bekerja lebih ekstra dari
biasanya. Di saat itu tenaga (energi) yang dikeluarkan pun ekstra,
hingga memaksa tubuh memerlukan istirehat lebih. Tubuh yang letih
bereaksi dengan memerlukan tidur lebih banyak dari biasanya. Kebanyakan
orang kurang menyedari akan hal ini, yang berakibat buruk pada keadaan
kesihatan. Tidur yang berkualiti adalah hal yang di inginkan tubuh untuk
kembali sihat dan segar. Bila tubuh letih, secara langsung tubuh yang
memerlukan tidur lebih banyak dan mencukupi akan bereaksi dengan
memberikan tanda-tanda bahawa tubuh perlu lebih banyak tidur berkualiti
pada anda. Berikut ada tujuh tanda-tanda yang menunjukkan tubuh kita
memerlukan tidur lebih banyak, seperti dinyatakan di laman
Intisari-Online.com berikut ini:
1.
Mudah Tersinggung (Cengeng).
Kurang tidur dan mudah tersinggung ? Apa hubungannya ya? Menurut
sebuah penelitian yang dilakukan oleh para ahli dari UC-Berkeley, kurang
tidur sebenarnya adalah berhubungkait dengan ketidakmampuan tubuh
menerima berita buruk. Jadi, jika kita kurang tidur, akan lebih sukar
bagi kita untuk menerima berita buruk atau sedih. Atau ketika menonton
filem sedih dan kebetulan kurang tidur, maka kita akan lebih sulit
menahan air mata keluar.
2.
Tidak dapat fokus.
Prestasi otak harus di utamakan jika kita ingin melakukan tugas-tugas
harian dengan baik. Akan tetapi, jelas rasa pening-pening lalat
(drowsiness) pasti akan mempengaruhi prestasi otak untuk tetap fokus dan
tetap waspada. Dengan itu, ketika kita mengalami kurang tidur, maka
akan lebih sulit untuk memproses informasi baru. Oleh kerana itu, tubuh
kita benar-benar memerlukan tidur yang cukup serta berkualiti.
3.
Merasa tidak sihat
Kurangnya waktu yang kita berikan untuk waktu tidur juga akan
melemahkan sistem kekebalan tubuh badan. Kerana sistem kekebalan tubuh
lemah, secara otomatis kita pun akan selalu merasa tidak sedap badan.
Jika keadaan ini terus berlanjutan, maka seiring berjalannya waktu kita
pun akan mudah dihampiri penyakit, jika tidak segera tidur cukup.
4.
Nafsu makan.
Pola makan akan menjadi kacau jika tubuh kurang tidur. Boleh jadi
kita tidak mempunyai nafsu makan atau justeru terus-menerus merasa
lapar. Kerana, kurang tidur mempengaruhi hormon lapar yang menyebabkan
nafsu makan menjadi tidak seimbang sehingga prestasinya menjadi kacau
bilau.
5.
Kulit kering.
Waktu tidur adalah saat tubuh memperbaiki dirinya sendiri, termasuk
memperbarui sel-sel kulit. Jika kulit terasa kering, itu bererti kita
benar-benar perlu tidur lebih banyak dan mencukupi.
6.
Jadi lebih cuai.(Careless)
Apakah kita akhir-akhir ini sering menumpahkan sesuatu atau
menjatuhkan sesuatu? Mengantuk juga mempengaruhi sel-sel saraf dan
membuat kita menjadi lebih cuai.
7.
Pelupa.
Kalau kurang tidur, boleh menjadikan kita akan sering lupa janji atau
kata-kata penting yang harus disampaikan. Kerana, kurang tidur membuat
kemampuan memori jangka pendek menjadi terganggu.
Adakah tanda-tanda di atas menghampiri anda ? Alangkah lebih baik anda beristirehat dan tidur sekarang !
Jangan tidur cara penghuni neraka
Dari Abu Dzar ra., beliau mengatakan,
“Suatu hari Nabi saw sedang berjalan melewatiku ketika itu aku tidur
secara meniarap atau tengkurap. Maka baginda membangunkanku menggunakan
kakinya dan berkata, “Hai Junaidib (panggilan Abu Dzar), sesungguhnya
cara berbaring seperti ini adalah cara berbaring penghuni neraka.”
(HR. Ibnu Majah).
Dari Abu Hurairah ra, beliau berkata ; Rasulullah saw pernah melihat
ada seseorang yang berbaring di atas perutnya (meniarap/ tengkurap),
maka baginda berkata, “Sesungguhnya cara berbaring seperti ini dibenci
oleh Allah. “ (HR. Tirmidzi)