Thursday 28 March 2013

Hari rajin sedunia

Entah kenapa tertiba aku jd rajin plak utk buat kek...bukan main sakan aku beli bahan2...konon macam tarer.....haha....  cuti sekolah bermula tu yg semangat nak buat klu hari sekolah agal sibuk .. aku tak pernah belajar semua main hentam...sbb suka tgk yg buat deco macam best...tu yg try.... Sambil aku bakar kek suami aku jeling pasti dlm hati dia pikir mesti hangus kek aku...atau buang dlm tong...je
..kek apapun dia mmg tak suka...sbb bukan fabrekkk dia...
Apa2 pun first buat menjadi icing kek tu....sbb bagus betul penjual bahan kek siap bg resipi buat org malang yg baru nak belajar...hehe




Tadaaa...dah siap kek utk di makan ...anak2 cakap sedap lah ibu....
wah boleh buat lg nie...org kata kanak2 puji ikhlas tau....hehe

 

Tuesday 19 March 2013

TIDUR





7 Tanda-Tanda Tubuh Kurang Tidur :-
Kesibukan yang menghimpit menjadikan tubuh bekerja lebih ekstra dari biasanya. Di saat itu tenaga (energi) yang dikeluarkan pun ekstra, hingga memaksa tubuh memerlukan istirehat lebih. Tubuh yang letih bereaksi dengan memerlukan tidur lebih banyak dari biasanya. Kebanyakan orang kurang menyedari akan hal ini, yang berakibat buruk pada keadaan kesihatan. Tidur yang berkualiti adalah hal yang di inginkan tubuh untuk kembali sihat dan segar. Bila tubuh letih, secara langsung tubuh yang memerlukan tidur lebih banyak dan mencukupi akan bereaksi dengan memberikan tanda-tanda bahawa tubuh perlu lebih banyak tidur berkualiti pada anda. Berikut ada tujuh tanda-tanda yang menunjukkan tubuh kita memerlukan tidur lebih banyak, seperti dinyatakan di laman Intisari-Online.com berikut ini:
1. Mudah Tersinggung (Cengeng).
Kurang tidur dan mudah tersinggung ? Apa hubungannya ya? Menurut sebuah penelitian yang dilakukan oleh para ahli dari UC-Berkeley, kurang tidur sebenarnya adalah berhubungkait dengan ketidakmampuan tubuh menerima berita buruk. Jadi, jika kita kurang tidur, akan lebih sukar bagi kita untuk menerima berita buruk atau sedih. Atau ketika menonton filem sedih dan kebetulan kurang tidur, maka kita akan lebih sulit menahan air mata keluar.
2. Tidak dapat fokus.
Prestasi otak harus di utamakan jika kita ingin melakukan tugas-tugas harian dengan baik. Akan tetapi, jelas rasa pening-pening lalat (drowsiness) pasti akan mempengaruhi prestasi otak untuk tetap fokus dan tetap waspada. Dengan itu, ketika kita mengalami kurang tidur, maka akan lebih sulit untuk memproses informasi baru. Oleh kerana itu, tubuh kita benar-benar memerlukan tidur yang cukup serta berkualiti.
3. Merasa tidak sihat
Kurangnya waktu yang kita berikan untuk waktu tidur juga akan melemahkan sistem kekebalan tubuh badan. Kerana sistem kekebalan tubuh lemah, secara otomatis kita pun akan selalu merasa tidak sedap badan. Jika keadaan ini terus berlanjutan, maka seiring berjalannya waktu kita pun akan mudah dihampiri penyakit, jika tidak segera tidur cukup.
4. Nafsu makan.
Pola makan akan menjadi kacau jika tubuh kurang tidur. Boleh jadi kita tidak mempunyai nafsu makan atau justeru terus-menerus merasa lapar. Kerana, kurang tidur mempengaruhi hormon lapar yang menyebabkan nafsu makan menjadi tidak seimbang sehingga prestasinya menjadi kacau bilau.
5. Kulit kering.
Waktu tidur adalah saat tubuh memperbaiki dirinya sendiri, termasuk memperbarui sel-sel kulit. Jika kulit terasa kering, itu bererti kita benar-benar perlu tidur lebih banyak dan mencukupi.
6. Jadi lebih cuai.(Careless)
Apakah kita akhir-akhir ini sering menumpahkan sesuatu atau menjatuhkan sesuatu? Mengantuk juga mempengaruhi sel-sel saraf dan membuat kita menjadi lebih cuai.
7. Pelupa.
Kalau kurang tidur, boleh menjadikan kita akan sering lupa janji atau kata-kata penting yang harus disampaikan. Kerana, kurang tidur membuat kemampuan memori jangka pendek menjadi terganggu.
Adakah tanda-tanda di atas menghampiri anda ? Alangkah lebih baik anda beristirehat dan tidur sekarang !



Jangan tidur cara penghuni neraka

 


Dari Abu Dzar ra., beliau mengatakan,
“Suatu hari Nabi saw sedang berjalan melewatiku ketika itu aku tidur secara meniarap atau tengkurap. Maka baginda membangunkanku menggunakan kakinya dan berkata, “Hai Junaidib (panggilan Abu Dzar), sesungguhnya cara berbaring seperti ini adalah cara berbaring penghuni neraka.”
(HR. Ibnu Majah).
Dari Abu Hurairah ra, beliau berkata ; Rasulullah saw pernah melihat ada seseorang yang berbaring di atas perutnya (meniarap/ tengkurap), maka baginda berkata, “Sesungguhnya cara berbaring seperti ini dibenci oleh Allah. “ (HR. Tirmidzi)

Tahap perkembangan anak anda

perkembangan anak membesar mungkin berbeza...^_^
click pada gambar utk lihat

Monday 4 March 2013